CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"

Khamis, 8 Disember 2011

saat akhir di sekolah

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH"



"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88

Ya Allah ! di hati ini amat merasakn pedihnya meninggalkan sekolah yg dicintai !di saat selalu mengenangkan kenangan bersama guru2 , sahabat !merasakan tidak sanggup meniggalkannya .Orang sering brkata padaku " sekolah tu x sama mcm zman ipta , zman keja , apetah lagi zman kahwin? " sedih~
Di saat mengenangkan knangan pahit manis kehidupan , diri ini masih mengingatkan hati bahawa pandanganku masih jauh. Ya , aku mencuba yang terbaik dalam mencari REDHANYA . aku kebingungan. Mampukah aku? 


sajak buat teman dan guru
cikgu ..

di saat kau memukul aku ,
aku sedar bahawa kau amat menyayangi aku,
di saat kau memarahi aku,
aku sedar kau inginkan aku berjaya,
di saat kau menasihati aku,
aku sedar kau mencuba diriku.

sahabat..
aku sangat rindu akan gelakmu,
aku sangat rindu akan gurauanmu,
aku sangat rindu akan suaramu,
aku sangat rindukan pujukkanmu.

cikgu ..
walaupun aku tak sepandai yang kau mahukan,
tapi kau tak pernah putus asa dalam membimbingku,
kau tak pernah mencaci kelemahanku,
kau tak pernah menghinaku,
sebab kau seperti ibu bapaku yang mendidik.

sahabat ..
janganlah kau meninggalkan aku,
janganlah kau melukaiku,
janganlah kau berjauhan denganku sahabat,
kerana aku sayangkan kau kerana Allah.

sahabat , guruku ..
ampuni dosaku,
halalkan pemberianmu,
doakan diriku,
insyAllah kita berjumpa lagi .



sekudus doaku untuk kalian ~ ameen ya rabb~


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...