CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"
Memaparkan catatan dengan label niqab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label niqab. Papar semua catatan

Rabu, 5 Oktober 2011

kartun niqabis .




Niqab oh niqab .









~>♥ Jika Mahu Berniqab ♥<~




Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...


Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...


Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..


Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..


Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..


Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!


Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..


Berniqablah kerana anda sudah bersedia,
bukan untuk menunjuk2 anda hebat..kerana itu belum 
menunjukkan anda sudah bersedia,
bahkan sebenarnya masih timbul dihati rasa cintakan dunia..
cintakan pujian manusia..Astaghfirullah Al'azim..
jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas 
kesedaran diri sendiri ..



~ ♥ "Yang tertutup itu indah" ♥ ~





Sabtu, 3 September 2011

membuat niqab arab selapis .

assalamualaikum :)

membuat niqab arab selapis ? ana mmprsmbahkn cre2 nk wtnya.
kain chiffon ye ? huhu .. <3








































inilah hasilnya .. 




selamat mencuba :)

Ahad, 14 Ogos 2011

tentang niqabis



Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.




Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.






Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.


"Siapakah wanita itu?"




Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.




"Adakah wanita itu orang gila?"




Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.




Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.




Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.




"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.




"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.




"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.


"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Isnin, 20 Jun 2011

dapatkah anda bezakan ?


berpurdah atau pakaian seumpama telanjang ?


 bertutup atau membuka ?


yang kanan atau kiri?

yang neraka atau syurga ?

Dan bagi fahaman saya sendiri, aurat itu adalah dari perkataan arab iaitu "aurah " yang membawa erti keaiban.  Di sini bermaksud, jika perkara itu menimbulkan keaiban, maka wajiblah kita sentiasa melindunginya.  Dan lagi 1 fahaman saya, di dalam AL-QURAN telah dinyatakan kewajiban menutup aurat,  maka sebagai seorang wanita, muslimah, seharusnya kita menutup aurat itu dengan sempurna .

Kita semestinya tidak mahu masyarakat memandang rendah kepada kita akibat "BERTUDUNG " yang kononnya kolot? Usahlah begitu. Di sini mungkin selamat. Tetapi di akhirat sana, tiada yang dapat membantu kita dari azab ALLAH yang pedih .



renung2kan dan selamat beramal :) 


Jumaat, 17 Jun 2011

apa itu niQab ?



   Niqab (Bahasa Arab: نقاب "tudung atau Mask") adalah kain yang menutup muka, yang dipakai oleh sesetengah wanita Islam sebagai sebahagian daripada hijab yg berkenaan dgn penjahitan. Niqab adalah yang paling biasa di negara-negara Arab di Semenanjung Arab seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman, dan UAE. Ia juga kerap berlaku di Pakistan dan beberapa bahagian di India 

   Wanita yang memakai niqab sering dipanggil niqābīah; perkataan ini digunakan sebagai kata nama dan kata sifat sebagai An. Walau bagaimanapun, bentuk yang betul منتقبة
muntaqabah (majmuk muntaqabāt) sebagai "niqābīah" digunakan dengan cara yang menghina (sebanyak dengan "hijābīah" berbanding محجبة muhajabah). 





   Disebabkan pelbagai jenis tudung yang dipakai dalam dunia Islam, ia boleh menjadi sukar untuk membezakan antara muktamad satu jenis tudung dan lain. Syarat-syarat niqab dan burqa sering salah digunakan silih berganti; niqab merentasi muka manakala burka merentasi seluruh badan dari atas kepala ke tanah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...