CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"

Isnin, 20 Jun 2011

dapatkah anda bezakan ?


berpurdah atau pakaian seumpama telanjang ?


 bertutup atau membuka ?


yang kanan atau kiri?

yang neraka atau syurga ?

Dan bagi fahaman saya sendiri, aurat itu adalah dari perkataan arab iaitu "aurah " yang membawa erti keaiban.  Di sini bermaksud, jika perkara itu menimbulkan keaiban, maka wajiblah kita sentiasa melindunginya.  Dan lagi 1 fahaman saya, di dalam AL-QURAN telah dinyatakan kewajiban menutup aurat,  maka sebagai seorang wanita, muslimah, seharusnya kita menutup aurat itu dengan sempurna .

Kita semestinya tidak mahu masyarakat memandang rendah kepada kita akibat "BERTUDUNG " yang kononnya kolot? Usahlah begitu. Di sini mungkin selamat. Tetapi di akhirat sana, tiada yang dapat membantu kita dari azab ALLAH yang pedih .



renung2kan dan selamat beramal :) 


Ahad, 19 Jun 2011

Meminta Pertolongan ALLAH melalui ASMAUL HUSNA :)


Allah telah memberi jalan kepada manusia untuk mendapatkan ketenangan hati melalui zikir seperti yang tertera dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28, iaitu bahawa orang yang beriman dan tenteram hatinya adalah kerana mereka selalu berzikir dan zikir itulah yang menenteramkan hati mereka.




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah".  Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.''



Rasulullah S.A.W bersabda
"Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat.  Cara membersihkannya adalah dengan mengingati ALLAH(zikrullah). "


"Qalbu berkarat kerana dua perkara iaitu lalai dan dosa.  Dan pembersihnya pun dengan dua perkara iaitu istigfar dan zikrullah. " (HR. Ibnu Ab'id dun ya Al-Baihaqi)


Dan ALLAH S.W.T berfirman,

 

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari ALLAH; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNYAlah kamu meraung meminta pertolongan. " 

Seperti seseorang yang sedang berhutang, kemudian dia meminta bantuan pada saudara maranya untuk membantu, dia pasti akan bersuara dengan hiba dan merintih.  Dia akan menyebut kata-kata sanjungan yang indah dan baik-baik.  Begitu jugalah seharusnya merintih pertolongan kepada Yang Maha MenolongMerendahkan suara , menadah tangan , dan berfikiran optimis bahawa Dia akan menolong kita.

Oleh itu, jika berzikir dengan menyebut nama-nama indah , maanfaatnya akan dapat dirasai dalam kehidupan kita. Bahkan, zikir yang kita lafazkan dapat disesuaikan dengan masalah yang kita hadapi.  Bukankah itu luar biasa? Berikut ini beberapa sebab mengapa ASMAUL HUSNA dapat menolong setiap persoalan manusia :-

  1. Setiap maksud dari ASMAUL HUSNA yang dibaca, ditujukan untuk orang yang mengamalkannya.  Misalnya, "Ya Rahiim " yang ertinya Yang Maha Memiliki Kasih. Maka automatik sifat kasih sayang ini ditujukan oleh orang yang mengasihi.                                   
  2. Setiap ASMAUL HUSNA mempunyai jumlah huruf dan hitungan angka di dalamnya terkandung rahsia yang tersimpan dan ilmu yang terpelihara. Keduanya tidak dapat diketaui kecuali oleh mereka yang khawas.                                                                                                                   
  3. Setiap ASMAUL HUSNA dapat dijadikan zikir yang memiliki banyak kelebihan.  Misalnya zikir  "Ya Rahiim  " dan  "Ya Waduud   " untuk kasih sayang dan cinta dan zikir  " Ya Fattaah  " dan  "Ya Aliim  " untuk ilmu dan kecergasan.
Mari kita mula mengamalkan ASMAUL HUSNA dalam setiap zikir.  Sebabnya, keutamaan dan manfaat menyebut nama-nama ALLAH ini telah banyak dirasai oleh ramai orang.. :)


  





Jumaat, 17 Jun 2011

Kenali ALLAH s.w.t dengan ASMAUL HUSNA . :))





Kenali dirimu maka kamu akan mengenali Tuhanmu . Begitulah bait pepatah yang sering kita dengar. Barangkali sekarang pepatah itu akan berbunyi  " kenal asmaul husna maka kamu akan kenali Allah  "

Mengapa Allah patut dikenali? Allah adalah Tuhan Yang Maha Memiliki semua sifat di dunia.  Allah Maha Pengasih, Allah Maha Lembut, Allah Maha Memahami, Allah Maka Mengetahui.  Semua itu sifat yang ada pada-NYA.

Allah Maha Lembut. Oleh itu, Dia suka dengan seorang hamba yang hiba berdoa dengan lemah lembut. Dia suka dengan anak yang berkata lembut kepada ibu bapanya dan Dia mencintai seorang isteri yang bercakap lembut kepada sang suami.  Demikian juga Allah Maha Pengasih.  Allah sentiasa mengasihi hambanya yang melakukan kebajikan bersedekah , bersilaturrahim dan beramal soleh



"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik(yang mulia) maka serulah(dan berdoalah) kepadaNYA dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNYA.  Mereka akan menerima balasan mengenai apa yang telah mereka kerjakan." (surah Al-Araf:180)


Allah Yang Maha Pemurah menjanjikan bahawa, berdoa dengan asmaul husna akan segera dijabah(dikabulkan) kerana ketika seseorang menyebut asmaul husna, terbukalah pintu-pintu langit dan gelombang suaranya terus naik menembusi tujuh lapisan langit sehingga ke tempat ijabah-ijabah, Allah.


Rasulullah bersabda, "Allah mempunyai 99 nama seratus kurang satu. Sesiapa memahaminya akan masuk syurga." (Sahih Bukhari, Sahih Muslim).  Maksud perkataan memahami di sini bukan sahaja secara lisan namun juga diamalkan melalui perbuatan dan tingkah laku kita.


sahabat ( temanku abadi )










sahabat . .

Dari kecilku ,
aku mengenali erti sahabat ,
dikala aku bersusah ,
dikala aku bersenang ,
aku tidak ragui bahawa sahabat itu indah ,
tahukah aku ,
bahawa diriku sendiri sentiasa sunyi tanpa sahabat ?


sahabat . .

aku kesunyian tanpa sahabat ,
di kanan kiriku,
aku hanya memerlukan sahabatku ,
andai tiada ,
aku tidak mengenal erti sayang .



sahabat ..

andainya aku tersilap kata2ku ,
maafkanlah aku sahabat ,
aku hanya insan yang lemah ,
lemah dari semua aspek ,
kelak persahabatan kita diredhai .. ~~

apa itu niQab ?



   Niqab (Bahasa Arab: نقاب "tudung atau Mask") adalah kain yang menutup muka, yang dipakai oleh sesetengah wanita Islam sebagai sebahagian daripada hijab yg berkenaan dgn penjahitan. Niqab adalah yang paling biasa di negara-negara Arab di Semenanjung Arab seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman, dan UAE. Ia juga kerap berlaku di Pakistan dan beberapa bahagian di India 

   Wanita yang memakai niqab sering dipanggil niqābīah; perkataan ini digunakan sebagai kata nama dan kata sifat sebagai An. Walau bagaimanapun, bentuk yang betul منتقبة
muntaqabah (majmuk muntaqabāt) sebagai "niqābīah" digunakan dengan cara yang menghina (sebanyak dengan "hijābīah" berbanding محجبة muhajabah). 





   Disebabkan pelbagai jenis tudung yang dipakai dalam dunia Islam, ia boleh menjadi sukar untuk membezakan antara muktamad satu jenis tudung dan lain. Syarat-syarat niqab dan burqa sering salah digunakan silih berganti; niqab merentasi muka manakala burka merentasi seluruh badan dari atas kepala ke tanah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...