CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"

Isnin, 19 Disember 2011

internet itu makhluk, Allah itu khalik

I nternet hanya makhluk, sesuatu yang dicipta. Allah adlah khalik yang bermaksud pencipta. Tiada dinafikan, internet dan alat-alat berkaitan dengannya seperti diod, transistor, cip, modem dan lain-lain adalah ciptaan hebat. Cukup pantas! Berubah daripada sebesar kepada saiz tapak tangan.

Telefon bimbit pula dapat mengakses internet secara tanpa wayar. Diramalkan Kuala Lumpur akan menjadi kota raya tanpa wayar. Saiz dunia umpama sebesar kampung (global village). Dunia juga bagaikan rata, bukan lagi berbentu sfera. Jika Flinston hidup masa zaman kini, tente dia terpegun dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ini.

Namun begitu, manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, melebihi rasa terpegun dan terpukau dan kagum kepada maha pencipta. Tuhan semesta alam.Ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit, namun kurang kagum dengan pencipta langit. Ramai orang kagum dengan kolam renang di taman. Namun, kurang kagum dengan pencipta air yang memenuhi kolam berkenaan dan Allah yang menghidupkan tumbuhan dalam taman.

Selain itu, manusia juga sering terpegun kepada perkara yang tidak pernah dilihat. Kemudian, mudah pula berasa jemu. Pelancong dari kawasan Khatulistiwa yang pertama kali menlihat banjiran gunung diliputi salji tentu berasa kagum. Namun, rasa kagum semakin meluntur selepas beberapa kali menyaksikan.
Pengunjung zoo mudah terpegun dengan penguin, harimau dan beruang panda yang tidak pernah dilihat seumur hidup. Namun tidak hairan melihat ayam di zoo kerana terdapat puluhan ayam di belakang rumah. Bukankah ayam itu hebat kejadian dan ciptaannya? Pemelihara ayam tidak mampu memanjangkan bulunya, menambahkan dagingnya, membolehkan bertelur. Walaupun di suntik, tanpa izin Allah , tidak menjadilah ayam itu.

Begitu juga dengan diri kita, ciptaan makhluk terhebat di bumi. Begitu juga dengan interner yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Allah. Siapakah pencipta elektron dan arus elektrik apabila suis dibuka dan elektron yang membantu menghantar data? Sudah tentu ALLAH !
Allah yang mengizikan kita mengakses internet. Allah juga yang mencipta manusia dan manusia mencipta internet. Oleh itu, apabila timbul perasaan kagum kepada sebarang pernemuan, reka cipta dan inovasi, ucapkan MASYA-ALLAH yang membawa maksud Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan. Ia adalah antara yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Selain kita mudah berasa kagum pada teknologi yang sofisikated, manusia juga mudah kagum dengan kehebatan manusia daripada segi kekayaan dan kecantikan. Bukankah Qarun dulu kaya dan mati dalam keadaan hina? Bukankah Firaun dahulunya berkuasa dan tampan bergaya, tetapi akhirnya mati dalam keadaan hina. Kekayaan dan kecantikan hanya sifat sementara.

Kecantikan manusia lenyap dalam tempoh beberapa hari selepas dikuburkan. Hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang! Dalam perenggan akhir ini, ana kongsikan 1 hadith oleh Tarmizi dan Muslim , Rasulullah bersabda :

 “ Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia memandang epada hati kamu.”


Sudah tentu internet , pereka cipta dan penggunanya adalah makhluk , manakala Allah iaitu maha pencipta kekal sampai bila-bila.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...