CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"

Ahad, 21 Ogos 2011

! malam yang penuh keindahan !

                                             
~Bismillahirrahmanirrahim~


Katakanlah (Muhammad) “Bagaimana pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirahatmu? Apakah kamu tidak memperhatikan?” (Al-Qasas:72)
  Sesungguhnya telah banyak nikmat dan kurnia yang Allah berikan kepada kita tetapi sedikit sekali kita bersyukur. Kadang-kadang  selalu juga mengeluh dan merungut sebab banyak kerja dan penat. Ada juga yang tidak mahu menerima tanggungjawab dengan alasan penat dan tak larat.
  Cuba bayangkan kalau tiada malam untuk kita tidur? Kalau tiada malam untuk minda kita berehat? Kalau tiada malam untuk manusia merasa ketenangan ? pastinya penat dan lesulah badan dan minda kita. Sesungguhnya setiap penciptaan itu tidak sia-sia dan pasti besar hikmah disebaliknya. Jadi sama-sama la kita bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terhingga ini. Walaupun penat tetapi masih ada masa untuk kita berehat kerana telah Allah jadikan malam itu untuk hambanya berehat serta menenangkan hati dan fikiran. Mungkin ramai yang merasakan pertukaran siang dan malam itu perkara biasa kerana ia berlaku tanpa kita sedar tetapi bagi insan yang berfikir, sesungguhnya terdapat banyak tanda-tanda kebesaran Allah.
Firman Allah:




“Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’am:96)
  Tetapi harus diingat bahawa waktu rehat yang diberikan oleh Allah juga mestilah digunakan sebaik mungkin. Bangunlah dikala insan-insan lain sedang diulik mimpi kerana sesungguhnya qiam itu sendiri mampu mendekatkan diri kita kepada Allah dan pada masa yang sama ia merupakan amalan orang yang soleh. InsyaAllah, usaha yang dilaburkan untuk melawan perasaan malas akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.
Selain itu juga, salah satu cara untuk menjaga solat ialah dengan tidur awal. Jika kita menggunakan sebaik mungkin waktu rehat yang diberikan oleh Allah, sudah tentu senang untuk kita bangun untuk menunaikan solat. Kalau kita tidur lewat dan tidak cukup tidur, pastinya akan memberi kesan kepada solat subuh kita. Tambahan pula subuh di sini sudah semakin awal, jadi mendapat tidur dan rehat yang cukup di waktu malam amatlah perlu.
  Menurut kajian, tidur yang lena pada tahap gelombang otak delta ketika waktu malam yang gelap ialah rawatan untuk segala bentuk masalah atau penyakit secara semulajadi yang amat berkesan, terbaik dan murah untuk diamalkan. Antara petua-petua untuk mendapat tidur delta ialah mandi sebelum tidur, minum air sejuk sebelum tidur, berniat dan bersedia untuk tidur, tidur dalam keadaan mengiring ke kanan dan menghadap kiblat. InsyaAllah tidur yang lena akan membuatkan minda dan tubuh badan menjadi cergas dan secara tidak langsung akan memberika kesan positif kepada diri kita. Tidur delta? Apakah kebaikannya? Erm, sebenarnya kelebihan daripada tidur delta ini antaranya ialah merangsang rembesan metatonin iaitu hormon yang baik untuk memeri tenaga kepada badan kita, merangsang pertumbuhan sel dan membaiki sel yang lemah. Mereka yang mendapat Tidur Delta dalam keadaan kegelapan malam akan lebih bersemangat untuk bekerja, berhasil segala yang diusahakan, mempunyai keyakinan dan cita-cita yang tinggi. Tambahan pula, tidur delta membantu meningkatkan daya tumpuan,  merawat penyakit fizikal, mental, emosi dan spiritual.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...