CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"

Ahad, 19 Jun 2011

Meminta Pertolongan ALLAH melalui ASMAUL HUSNA :)


Allah telah memberi jalan kepada manusia untuk mendapatkan ketenangan hati melalui zikir seperti yang tertera dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28, iaitu bahawa orang yang beriman dan tenteram hatinya adalah kerana mereka selalu berzikir dan zikir itulah yang menenteramkan hati mereka.




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah".  Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.''



Rasulullah S.A.W bersabda
"Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat.  Cara membersihkannya adalah dengan mengingati ALLAH(zikrullah). "


"Qalbu berkarat kerana dua perkara iaitu lalai dan dosa.  Dan pembersihnya pun dengan dua perkara iaitu istigfar dan zikrullah. " (HR. Ibnu Ab'id dun ya Al-Baihaqi)


Dan ALLAH S.W.T berfirman,

 

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari ALLAH; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNYAlah kamu meraung meminta pertolongan. " 

Seperti seseorang yang sedang berhutang, kemudian dia meminta bantuan pada saudara maranya untuk membantu, dia pasti akan bersuara dengan hiba dan merintih.  Dia akan menyebut kata-kata sanjungan yang indah dan baik-baik.  Begitu jugalah seharusnya merintih pertolongan kepada Yang Maha MenolongMerendahkan suara , menadah tangan , dan berfikiran optimis bahawa Dia akan menolong kita.

Oleh itu, jika berzikir dengan menyebut nama-nama indah , maanfaatnya akan dapat dirasai dalam kehidupan kita. Bahkan, zikir yang kita lafazkan dapat disesuaikan dengan masalah yang kita hadapi.  Bukankah itu luar biasa? Berikut ini beberapa sebab mengapa ASMAUL HUSNA dapat menolong setiap persoalan manusia :-

  1. Setiap maksud dari ASMAUL HUSNA yang dibaca, ditujukan untuk orang yang mengamalkannya.  Misalnya, "Ya Rahiim " yang ertinya Yang Maha Memiliki Kasih. Maka automatik sifat kasih sayang ini ditujukan oleh orang yang mengasihi.                                   
  2. Setiap ASMAUL HUSNA mempunyai jumlah huruf dan hitungan angka di dalamnya terkandung rahsia yang tersimpan dan ilmu yang terpelihara. Keduanya tidak dapat diketaui kecuali oleh mereka yang khawas.                                                                                                                   
  3. Setiap ASMAUL HUSNA dapat dijadikan zikir yang memiliki banyak kelebihan.  Misalnya zikir  "Ya Rahiim  " dan  "Ya Waduud   " untuk kasih sayang dan cinta dan zikir  " Ya Fattaah  " dan  "Ya Aliim  " untuk ilmu dan kecergasan.
Mari kita mula mengamalkan ASMAUL HUSNA dalam setiap zikir.  Sebabnya, keutamaan dan manfaat menyebut nama-nama ALLAH ini telah banyak dirasai oleh ramai orang.. :)


  





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...