CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"

Jumaat, 17 Jun 2011

Kenali ALLAH s.w.t dengan ASMAUL HUSNA . :))





Kenali dirimu maka kamu akan mengenali Tuhanmu . Begitulah bait pepatah yang sering kita dengar. Barangkali sekarang pepatah itu akan berbunyi  " kenal asmaul husna maka kamu akan kenali Allah  "

Mengapa Allah patut dikenali? Allah adalah Tuhan Yang Maha Memiliki semua sifat di dunia.  Allah Maha Pengasih, Allah Maha Lembut, Allah Maha Memahami, Allah Maka Mengetahui.  Semua itu sifat yang ada pada-NYA.

Allah Maha Lembut. Oleh itu, Dia suka dengan seorang hamba yang hiba berdoa dengan lemah lembut. Dia suka dengan anak yang berkata lembut kepada ibu bapanya dan Dia mencintai seorang isteri yang bercakap lembut kepada sang suami.  Demikian juga Allah Maha Pengasih.  Allah sentiasa mengasihi hambanya yang melakukan kebajikan bersedekah , bersilaturrahim dan beramal soleh



"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik(yang mulia) maka serulah(dan berdoalah) kepadaNYA dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNYA.  Mereka akan menerima balasan mengenai apa yang telah mereka kerjakan." (surah Al-Araf:180)


Allah Yang Maha Pemurah menjanjikan bahawa, berdoa dengan asmaul husna akan segera dijabah(dikabulkan) kerana ketika seseorang menyebut asmaul husna, terbukalah pintu-pintu langit dan gelombang suaranya terus naik menembusi tujuh lapisan langit sehingga ke tempat ijabah-ijabah, Allah.


Rasulullah bersabda, "Allah mempunyai 99 nama seratus kurang satu. Sesiapa memahaminya akan masuk syurga." (Sahih Bukhari, Sahih Muslim).  Maksud perkataan memahami di sini bukan sahaja secara lisan namun juga diamalkan melalui perbuatan dan tingkah laku kita.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...