CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
Photobucket
Photobucket"

Isnin, 19 Disember 2011

kamu ke penentu ?


Apakah panduan dalam kita mengatur kehidupan? Adakah perlembagaan negara semata-mata? Ibu bapa kita? Adik-beradik kita? Cikgu kita? Pensyarah kita? Kawan-kawan kita? Atau mungkin nafsu kita?

Muslimkah kita? Jika ya, Alhamdulillah. Kita di garisan yang sama. Justeru yang jelas Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan hidup. Jika ada yang bertembung seharusnya sumber hakiki itulah yang kita utamakan. Apatah lagi jiwa kita yang lemah ini penuh dengan desakan dunia dan hawa nafsu serta tidak lepas dari kata-kata manusia yang kadangkala menikam kalbu.

'Jangan ikut kata orang...' Kata-kata yang berbaur egois tapi pada Sinar ada benarnya. Setiap manusia ada batas keupayaan untuk menerima dan melaksanakan perubahan. Kitalah penentu apa yang kita mahu. Bukanlah bermakna menidakkan semua teguran dan perintah orang lain. Namun diri kita punya filter (sistem tapisan) terhadap segala nasihat, teguran dan kritikan untuk kita ambil sebagai panduan.

Ya! Kitalah penentu siapa kita di masa hadapan. Pastikan kita di jalan kebenaran walaupun berkali-kali kita terjatuh, tersungkur di persimpangan jalan. InsyaAllah Allah sentiasa memimpin di saat kita lemah apatah lagi saat kita cuba mendekatinya. Apa yang sudah berlalu, biarkanlah kerana Allah menanti di hadapan...

(^_^) Di kala hati kita sesak dengan asakan orang lain, rasa tergugat dengan pilihan orang lain tidak sama dengan pilihan kita, kata-kata yang bakal saya kongsikan cukup menenangkan. Apabila saya inginkan kata-kata dan pemangkin untuk hari-hari saya lebih indah di blog inilah saya mengintai kata-kata untuk dijadikan seri hidup saya. Potongan Al-Quran dan Hadith turun dikongsikan di sini. Sempurna!. Ini antara kata-kata untuk kita renungkan.

'Don't compare your life to others. You have no idea what their journey about'

"What other people think of you is none of your business, just do the right things.'


Namun dalam kita menentukan apa yang harus kita praktikkan berdasarkan nasihat-nasihat manusia, kita sendiri perlu jelas akan tujuan kehidupan. Kalaulah nasihat itu bertepatan apa yang syarak mahukan, tidaklah menjadi satu kesalahan untuk kita ikuti bahkan itulah yang terbaik dan mesti kita lakukan. Mungkin itulah teguran dan nasihat daripada Maha Pencipta. Memang pahit menerima teguran tapi manis di pengakhiran InsyaAllah...

'Put Allah first in anything and everything that you think, say and do'

'The best is yet to come --> Paradise! Stive for it!'

Dan saya sendiri akan berusaha ke arah itu walaupun saya tahu saya bukanlah sempurna. Mengharapkan belas ehsan Dia untuk bertemuNya dan menjadi penghuni syurga. Anda bila lagi? Ayuh!



Jumaat, 16 Disember 2011

alkisah yang terungkai

JOM DAKWAH!!!
  ****************

Anak kecil bertanya kepada papa dia : "Papa, besar nanti adik nak jadi macam akak tu la," sambil menunjukkan sekumpulan remaja perempuan yang berpakaian agak menjolok mata. Papa dia terkesima lalu berkata :"isshhh..tak boleh syg..agama tak ajar kita berpakaian mcm tu..berdosa tau," sambil mengharapkan anak kecilnya faham.. "Abis tu, k...enapa adik tgok artis2 pakai mcm ni, pastu dlm tv ckp pakai mcm tu nampak glemer." 

Terus si ayah bertanya kpd anaknya :"Sayang suka makan lolipop tak?".. anaknya menjawab :"mestilah suka.".. lalu si ayah berkata :" masa kita beli lolipop, dia berbalut kan?" tanya si ayah menduga si kecil. "betul papa, berbalut." Si ayah menambah "katakanlah sayang buka pembalut lolipop, kemudian biarkan di ruang terbuka, agak2 apa yang akan berlaku?" anaknya menjawab :" hurmmm..mesti lalat datang dekat papa..ye la, sebab benda tu manis..takpun semut yang akan datang.." si ayah membalas :" demikian juga dgn wanita. sekiranya menjaga aurat dgn baik, taat pada perintah Allah, insyaallah syaitan, lelaki2 jongos dan jahat tdk akan mendekati, dan sekiranya terbuka sana, terbuka sini, nescaya nasibnya sama spt lolipop yang terbuka pembalutnya lalu terdedah di tempat terbuka,"..



si kecik faham..kemudian memeluk papanya sambil berkata :" adik sayang papa.. ♥ u papa.".. si ayah puas kerana dapat menerangkan dgn baik..tanpa disedari ada manik2 jernih yang mengalir dr sudut matanya sambil mengenangkan apa nasib anaknya kelak dalam keadaan dunia yang penuh pancaroba kini..


>>>jge hati,jge iman, jge diri,hiasi pribadi dgn akhlk trpuji..<<< 

Rabu, 14 Disember 2011

jangan persendakan agamaku !


artikel ini ana kongsi kepada sahabat2 semua . jdkn iktibar :)


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Sudah sebulan lebih ain berniqab.Alhamdulillah, sepanjang bulan lalu ain gembira dengan niat ain ini.Perasaan tenang sentiasa wujud dalam diri ini berbanding dulu.

Namun bukan mudah untuk ain yang mempunyai gelaran mualaf/muslim revert yang berbangsa Cina untuk berniqab.Ujian yang paling kuat sudah semestinya daripada kedua-dua ibu bapa ain sendiri.Semenjak mereka mendapat tahu ain berniqab, tidak pernah sekali mereka izinkan ain untuk berjumpa.

Hanya panggilan telefon sahaja dapatlah ain mendengar suara mereka.Ain dilarang sekeras-kerasnya agar tidak berniqab.Ain terangkan pada mereka bahawa ain masih boleh membuka wajah di hadapan mereka selagi mana tidak mengganggu.Baru kini ain rasai perasaan bagaimana mualaf yang lain yang selalu kita dengari dibuang keluarga.Baru kini ain faham bagaimana perasaan mereka.Malah, keluarga ain sendiri turut berkata demikian.

Betapa sedih dan peritnya hati ini, hanya pada Allah tempat ain mengadu.Berdosakah ain berniqab, sedangkan ain telah diberikan petunjuk oleh Allah? Berdosakah ain andai dengan beraninya berkata Allah telah tunjukkan ain melalui mimpi untuk berniqab? Berdosakah ain meneruskan keinginan hati setelah mendapat petunjuk daripada Ilahi? Berdosakah ain kerana tidak mengikut perintah ibu bapa yang telah membesarkan ain selama ini? Berdosakah ain kerana telah menyakiti hati mereka? 

Ada yang menasihatkan agar ain tidak berpurdah demi menjaga hubungan dengan ibu bapa ain.Ada yang berkata ain tak perlu berniqab jika ibu bapa ain tidak suka.

Tapi bukan itu ain inginkan.Ain harapkan mereka yang berkata itu sama-sama memberikan sokongan dan sama-sama membantu ain untuk berbincang dengan ibu bapa ain dengan berhemah.Terus terang ain katakan ain menjadi tidak tentu arah apabila hasrat ain untuk berniqab dahulunya dilengahkan.

Dan kerana itulah ain segerakan niat ain berniqab setelah mendapat petunjuk daripada Allah.Bukannya untuk menunjuk-nunjuk, kerana niat ain pada Allah semata-mata.

Tiada jawapan yang dapat ain berikan pada persoalan ini.Hanya pada Allah ain berserah di atas segala ketentuanNYA.Apa yang pasti, ain tetap tegas dengan niat ain untuk berniqab selagi mana umur diberikan oleh Allah SWT.

Untuk ibu bapa ain pula, selagi mana mereka berkeras, selagi itu ain akan terus berusaha mendekati mereka sama ada mereka suka atau tidak.Mereka tetap ibu bapa ain walaupun kehadiran ain kini tidak dapat diterima seperti dahulu.

I am muslim women.I have the right to choose what I believe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...